Masalah Sembelit Wanita

SUSAH BUANG AIR BESAR/SEMBELIT


Masalah Susah Buang Air Besar juga dikaitkan dengan Sembelit. Sembelit begitu menyiksa bagi mereka yang pernah merasakannya. Semblit yang berlaku pada diri kita boleh membuatkan lubang pembuangan air beasr menjadi pedih dan boleh membuatkan 'lubang itu' berdarah. Sembelit disebabkan oleh feses (tinja) yang mengeras. Ini disebabkan anda terlalu lama tidak melakukan pembuangan air besar. Kekurangan cairan juga salah satu penyebab anda mengalami sembelit. Sebolehnya kita haruslah membuang air besar setiap hari dan seeloknya di waktu pagi. Kalau boleh, jangan membiarkan diri anda tidak membuaang air besar lebih dari 3 hari kerana feses akan mengeras.

Jika organ dalam badan kita bermasalah dan lama tidak membuang air besar, ini akan membuatkan kita menjadi sembelit. Sembelit juga membuat perut nampak buncit dan rasa angin akan terkumpul dalam badan lalu menjadi diri anda tidak selesa. Sembelit untuk jangka masa yang agak lama, boleh mengakibatkan konstipasi. Penyebab seseorang sulit membuang air besar bermacam-macam jenis.  Anda janganlah khuatir kerana ada beberapa cara sederhana yang dapat dilakukan untuk mencegah atau mengurangkan sembelit. Anda juga harus tahu mengapa terjadinya sembelit.




Antara Perkara Yang Membuatkan Anda Sembelit Adalah :

1) Kurangnya minum air suam dan tidak suka makan makanan yang berserat seperti sayuran

2) Makan makanan yang terlalu masam dan terlalu pedas

3) Pergerakkan otot usus abnormal mungkin disebabkan oleh ubat, panas dalam badan dll

4) Kadang-kadang kehamilan juga menjadi penyebab tapi tidak semua orang yang kena

5) Suka menunda buang air besar mungkin kerana anda sibuk membuat kerja rumah atau pejabat

6) Usus kurang elastis atau tidak kuat untuk mengecut dan mengembangkan otot

7) Kurangnya aktiviti senaman, kurang bergerak, terlama duduk membuatkan usus besar kurang bekerja sehingga feses sulit turun

8) Gangguan pada sistem pencernaan

9) makanan/minum minuman yang pekat atau kelat seperti coklat dan teh



Sembelit boleh dirawat dengan cara :

1) Banyakkan minum air suam sekurang

2) Jaga pemakanan - amalkan makanan berasaskan fiber sperti roti yang tinggi serat, banyakkan makan sayur dan kurangkan makan yang pedas2

3) Rajinlah makan buah-buahan seperti betik, pisang dan prune

4) Jumpa doktor perunding dengan segera untuk megelakkan ia menjadi lebih teruk

5) Jangan suka meneran ketika 'membuang' guna cecair parafin (pelembut najis)

6) Lakukan senaman yang kerap kerana bersenam mampu meningkatkan kadar metabolisma, juga boleh mengurangkan stress

7) Amalkan petua-petua seperti minum minyak kelapa dara, makan buah delima, minyak belut, terung susu kambing dll

8) Buang air besar setiap hari dan jangan ditangguh walaupun anda sibuk

9) Cuci usus untuk membantu usus lebih efesien menyerap nutrien

10)Biasakan dan amalkan cara hidup organik


Dengan ini jika anda mengamalkan cara hidup sihat, anda akan terhindar dari sebarang penyakit termasuk sembelit. Amalkan tabiat makan dan minum dengan betul serta sesuai untuk usus anda. Segaralah berjumpa doktor kerana rawatan yang lebih cepat dan tepat dapat dirawat. Jangan biarkan sembelit anda berpanjangan. Jika tidak penyakit lain pula yang datang!

Penyakit Fibroid Menyerang Wanita

FIBROID YANG WAJIB KITA KETAHUI

Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim dan ia sangat berkait dengan rahim khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa, bahagian tengah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala.

Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Fibroid juga mengganggu kesuburan seseorang wanita itu untuk hamil atau mendapat cahayamata.


Kebiasaannya fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain.

Biasanya, campuran ini kita panggil “darah kotor” tapi dari segi sains ia bukan lah bermaksud darah itu kotor tapi kitaran haid yang tidak baik. Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung

Ada fibroid yang mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang gejala. Gejala wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan lokasi fibroid itu sendiri. Lokasi fibroid akan memberikan gejala kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang itu dan sesetengah kes, rawatannya berbeza-beza.

Ada sesetengah pesakit yang menghidap fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan setiap kali mereka mengalami haid dan kadangkala mereka juga mungkin mengalami masalah ketidaksuburan atau infertiliti. Fibroid tidak boleh dirasa begitu sahaja seperti demam atau selsema. Ia memerlukan pemeriksaan lanjut oleh para doktor atau bidan


Punca Dan Gejala Fibroid :

Biasanya fibroid tidak mempunyai gejala. Jika ada pun ramai wanita tidak menyedarinya. Lebih 80% wanita sukar mengesan kehadiran fabroid sehingga lah mereka sedar dan kaji bahawa:

1. Mengalami senggugut yang teruk
2. Pendarahan di antara waktu haid
3. Rasa senak di bahagian bawah abdomen (tekanan pelvik)
4. Kesakitan ketika mengadakan hubungan seks
5. Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang
6. Masalah sistem peranakkan seperti ketidaksuburan, kerap keguguran dan berlaku anak tidak cukup bulan ketika hamil

Langkah Berjaga-Jaga Dan Cara Mengatasinya :


1. Haruslah tahu tentang sejarah keluarga dan mengenali penyakit seperti kencing manis dll
2. Berwaspada dan ambil tindakan segera jika haid tidak menentu atau berpanjangan
3. Elak ambil lebihan gula, minyak dan lemak
4. Jauhi makanan seperti jajan atau makanan segera (fast foods)
5. Jangan minum atau panaskan makanan yang ada di dalam bekas plastik, Kerana ia mengandungi
bahan yang boleh meningkatkan xenoestrogen (kaitan hormon)
6. Jauhi makanan dalam tin
7. Beralih kepada pengunaan bahan-bahan organik seperti sayuran, buahan, shampu, sabun dll
8. Buat rawatan ujian darah dan paras hormon
9. Amalkan hidup sihat dan sentiasa bersenam untuk mengelak kegemukkan serta lebihan lemak

Wanita perlu peka dengan keadaan tubuh sendiri kerana ada kalanya fibroid tidak menunjukkan simptom yang jelas. Jangan pandang ringan pemeriksaan kesihatan. Secara umumnya, fibroid tidak menyebabkan masalah atau memerlukan pembedahan jika ia dikesan di peringkat awal. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mengandung kerana fibroid tidak mengganggu kehamilan, tetapi menjejaskan kesuburan.

Walaubagaimana pun, lebih kurang lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis submukosa atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk mengandung kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan sukar untuk penempelan janin pada dinding rahim. punca fibroid tidak diketahui dengan jelas. tetapi pakar sains berpendapat ia mempunyai banyak kaitan termasuk faktor genetik, hormon dalam alam persekitaran. Ketahui lah tentangnya dan sayangilah diri anda

 

Masalah Kesihatan Wanita © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair